Tokey Besar Carlsberg

Ahad, Mei 24, 2009

From: Nurul Jazlina

Astaghfirullahhal'adzim…. Ape ke jadahnye orang Melayu Islam..
jadi pengarah kilang arak nie? Manusia kalah dengan wang ringgit
yang banyak…Hasil jadi BOD..


Kerabat DiRaja Negeri Sembilan dan lain lain
Pembesar Melayu Pengarah Kilang Arak
Carlsberg Brewery! (Kemaskini)
Rakyat Negeri Sembilan memang bernasib baik!
Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan
Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai
Raja mereka!

Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya
mempunyai seorang Tauke Kilang Arak
terbesar di Malaysia sebagai salah
seorang kerabat di raja yang hampir!

Hampir dipertabalkan sebagai
yang di Pertuan Besar Negri Sembilan
baru baru ini dari 3 orang!

Mujurlah yang terpilih adalah Duli
Tuanku Mukhriz yang memang tepat
sekali pilihan baginda sebagai Raja
dan Yang Di Pertuan Besar
Negri Sembilan, Bumi Adat
di Semenanjung Tanah Melayu ini.

Jikalau tersalah keputusan Undang Undang Negeri
menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan
Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia
ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di
Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!

Na'uzubillahimin zalik!

Phewwwww!!!!

Pada mulanya saya tidak perasan akan
perkara ini tetapi bila Abdul Rahman
Celcom hantar pesanan Yahoochat pada saya
pagi tadi meminta saya mengulas artikel
terbarunya menghentam UMNO,
maka saya membuat kajian saya tersendiri
dan memang geram melihat manusia
manusia yang di raikan orang
sebagai pembesar pembesar Tanah Melayu
ini rupanya terdiri dari mereka yang
mentekedarah hasil pembuatan dan
penjualan arak terbesar di negara yang
mendabik dada sebagai negara Islam
di rantau ini.

Ikuti laporan
com/EDMS/ hsubweb.nsf/ 1c0706d8c060912d
48256c6f0017b41c /48256aaf0027302
c48256b8b0036a2a 5/$FILE/Carlsbg-
Products- CorpInfo- DirectorsProfile %20(725KB) .pdf

untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak
Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

Laporan Reuters :

http://www.reuters/. com/finance/ stocks
companyOfficers?
symbol=CBMS.. KL&viewId=bio

Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth,
P.G..A.T., P.M.N., P..S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S.,
P.N.B.S., J.M.N., P.P.C.., jssc, psc

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja'afar
D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.



Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin,
P.S.M., P.J.N.,J.S.M., S.M.J., K.M.N.

Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang
bekas Jeneral Angkatan Tentera kita dan seorang
tokoh korporat dan juga pengarah Scomi Berhad,
syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri
l Imamul Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah
Badawi al Ngantuki.

Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia
manusia yang bergelar di Malaysia ini.

Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran
berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah
barang secebis sekali pun!

Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru
masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!
Rakyat Malaysia ! bukalah mata anda seluas luasnya
dan sadar akan peribadi manusia manusia sebegini
yang kekadang disanjung, dimuliakan dengan hamparan
permaidani merah, menjunjung sembah hormat
ketika mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!

Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan
kenduri majlis kesyukuran kerana terlepas bala
musibah mendaulatkan seorang tauke kilang arak!

Hish!!! Loya tekak hamba memikirkannya. ....
Carlsberg ..oh Carlsberg... berpengarah Melayu
rupanya kamu....

Patutlah tak boleh disentuh Al Maunah sekalipun... .
Sialnya berterusan dibumi bertuah ini.....
Selagi ujudnya kilang arak haram tajaan makhluk
diraja ini dan juga dua orang lagi manusia Melayu
yang mengaku Muslim tetapi berkelakuan haprak
seperti ini..selagi itulah negara kita ini akan terdedah
kepada murka Allah Azza Wa Jalla!!

Satu persatu bencana alam sedang melanda negara
kita yang sebelum ini tidak pernah berlaku?

Apa sebabnya?

Bila sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya
ramai beragama Islam tetapi mempunyai pembesar
dan pemimpin yang menaungi kerja kerja maksiat dan
mungkar seperti mendirikan kilang arak dan pusat judi
serta makan hasil haram darinya itu, maka halal lah
akan diri mereka itu ditimpa musibah Allah!

Bila manusia manusia yang diamanahkan
Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menjaga
urusan umat Islam khianat terhadap amanat itu dan
bertindak membelakangkan ajaran Islam dan perintah Allah,
maka jatuh haramlah kepimpinan mereka itu!

Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam,
Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :

Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :


Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda :

" Mana mana lelaki yang Allah kurniakan pangkat dan
kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara
beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga".

Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam..

Ini khianat namanya tuan tuan dan puan puan.
Bukan setakat manusia 3 orang di atas ini sahaja yang
sedang melakukan pecah amanah rakyat terhadap
mereka?

Ramai lagi. Satu persatu akan kita dedahkan bilamana
sampai saat dan waktu serta bukti bukti yang kukuh
serta sahih, Insya Allah!

Manusia manusia pembesar Melayu yang dipaparkan
diatas sekian lama ini selesa menaja kilang arak terbesar
di rantau Asia ini kerana sekian lama ini media perdana
tidak berani mendedahkan kepada pembaca umum akan
kelakuan seperti ini kerana ujudnya penapisan oleh para
editor dan arahan kementerian itu dan ini.

Mintak maaf le, blogger seperti saya ini hanya akur pada
Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Dah tua dah bro...apake jadahnya nak gentar dengan
manusia?

Alang kepalang hidup biar dalam keadaan mujahadah
menebus dosa dan silap kita jangan mati didalam
keadaan syubhat dengan makhluk perosak sekelian!

Kita dedahkan semata mata kerana Allah! Blogger
seperti saya ini tidak hairan dengan pangkat dan
kedudukan duniawi. Ikhlas fisabili Lillahi Ta'ala!

"HasbunAllah wa niaqmal waqil!"
"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan
Ia sebaik-baik pengurus
(yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".

Wala haula wala quwwata illa billah hil aliyyil adzhim!
'Tidak ada kuasa selain Allah yang Maha Perkasa!'

Biar umat Islam sedar akan siapa dia makhluk makhluk
yang mereka sanjung, hormat, puji dan puja
sekian lama ini?

Hadith Sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam yang
menyuruh kita makan benda halal dan mencari
rezeki yang halal!

Takkan pembesar Melayu bertiga di atas jahil tentang
hukum hakam Islam yang dibawa
Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam sampai dah
tua beruban kesemua mereka ini?

Bayangkanlah dah berapa lama dok makan hasil
dari kilang arak ini dan bagi makan anak bini mereka?
Kasihan sungguh anak anak bini yang membesar
dari makan minum hasil haram sebegini?

Kasihan...... .

Beruntung lagi makcik tua dipedalaman yang makan
nasi berulam pucuk paku dari manusia bergelar makan
mewah tetapi berulam hasil haram seperti ini!

Agak agak tuan puan, akan sadar diri ke makhluk
makhluk bergelar ini?

Entah le....

sumber:
http://mahaguru58. blogspot. com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP