Al-kisah

Ahad, Mei 24, 2009

Kisah Budin

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa
silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa
yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan
Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya
amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum
erkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin
pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya.
Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok
dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin
beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan
dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin
membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan
hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan
jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang
asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah
menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri.
Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh
dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok
tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah
dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si
Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu
lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini
lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi
seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang
ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang
peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak
buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing
dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sekejap
ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala
selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya
Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar…

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa?
tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah.
Aku sesat ni "

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP