Bacalah...

Ahad, Mei 24, 2009

From: Noor Aini Muharom


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah
manusia yang ketika di dunia, mereka akan
meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil
air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti
matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di
dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka
jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak
kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau
hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari
lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di
dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai
peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat
yang lain semoga menjadi pedoman hidup
hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Dari email ni (kelebihan dan pahala muazin
dapat tu..!! masyaAllah)
alangkah berbahagianya anda semua yang
mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan dimasjid2 maupun
disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan
mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang
paling utama sekali kerana ianya mengajak
kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt.
Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah
sebanyak 5 X sehari.

Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah
seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk
seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah
kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu
akan mendapat pahala umat islam seluruh
alam yang bersolat pada hari itu.

Begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP