Kerana terlalu rindu...hargai lah isterimu wahai lelaki...

Ahad, Mei 17, 2009

From: Rohana Bte Mohamed Shamsuddin

Lelaki,

Besar pengorbanan isteri, bersabung nyawa sewaktu melahirkan zuriat anda semua…ingat2 lah

Salam kengkawan, aku penah bace story nie 6 tahun lepas, mmg sedih sangat, leh menitik air mate kalu korang bace bebetul…so kesimpulannyer bace lah sampai habis k…huhuhuh

Baca tau jgn tak bace…..

bacalah...sedih juga..


Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh..
dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam
ini.
2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan
yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,
abang tak
nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat
kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta
Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali
lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih
perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas
perut kerana diasememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan
situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya
masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi
terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat
malam tanpa kucupan
mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik
hati kecilnya.

"Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak
kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh
bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan
yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan
kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu,
Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan
buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis
bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah
siap berpakaian untuk ke
pejabat.

"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak
kopi atau teh?"

Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada
'presentation' dan hendak cepat, mee
goreng pun hanya dijamah sekadar
menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar
pemergian suami hingga ke muka pintu

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata
Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada
abang....... ."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ------------------ --------

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau,
kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau".
Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim
pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini
akudah tidur. "Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik
lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau
ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup
dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja
sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak
balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah",
terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar
semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul
> > Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung
plan bangunan yang sedang direkanya.
> >
> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- ------------------ --------
> >
> > Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan
> > saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya
> > dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu,
kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat
> > sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih
> > ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya
> > sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.
> >
> > 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia
> > sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin
> > menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin
laju air matanya mengalir.
> >
> > "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura
5 tahun
> > yang lepas.
> >
> > "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah
> > abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang
> > buat Nura,"janji Hilmi.
> >
> > "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura
> > lagi.
> >
> > "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah,
Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
> >
> > Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia
mungkin
tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana
ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi
Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat.

> > Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi
> > sekiranya dia sudah mengalah danterkilan kerana Nura masih belum mampu
> > memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan
> > untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan
mencuba pelbagai kaedah
> > moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
> >
> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- ------------------ --------
> >
> > "Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku
tidak
> > salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak
> > mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat
> > Hilmi terhenti disitu.
> >
> > "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.
>
>
> > "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja,
sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa
> > simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar
sebaliknya", terang Hilmi.
> >
> > "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.
> >
> > "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku
> > tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan
> > akhirnya aku kecewa sendiri. Dan
aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab
> > itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya
> > macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi
> > perbalahan", Jelas Hilmi.
> >
> >
> > "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak
> > berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
> >
> >
> > "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku
> > harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu,
> > ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi,
tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.
> >
> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
--------- -----
> >
> > Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan
> > pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi
> > rumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah
> > hampir 5
bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua
dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka
dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
> > Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia
akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk
> > mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya,
> > maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.
> > Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke
> > kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang
ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan
memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah
ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak
pada
Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa
untuk Hilmi bila dia
pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak
apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
;
"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I
kenapa?
> > Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali
> > dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.
> >
> > Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman
makanmalamnya.
> >
> > "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula
> > sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
> >
> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
> >
"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu
Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye,
abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul
membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit
demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya
Nura pada
abang.
> >
> > Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak
> > mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.
> >
> > Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat
sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
> >
> > Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke
majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia
> > ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak
sangguplagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang
ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.
> >
> > Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk
membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam
yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat
sarat.
> >
> > "Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti
> > kelazimannya.
> >
> > "Nura,
dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
> >
> > "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan
balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
> >
> > "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi.
> >
> > Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang
Nura nak bincangkan.
> >
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya
Nura.
> >
> > "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar
> > duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi
> > beralasan.
> >
> > Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan
dia, dan dia terus bertanya,
> >
> > "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?"
Ujar Nura.
> >
> > "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang
> > menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
> >
> > "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu
> > berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong,
tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.
> >
> > "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak
suka. Bosan betul..."
> >
>
> Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa
> > suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian
> > menjadi-jadi.
> >
> > Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon
> > bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon
> > ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun
> > hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan
maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja.
Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan
> > bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.
> >
> > Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura
> > pulak makin teruk, dan
esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab
> > sudah tidak tahan lagi.
> >
> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- ------------------ --------
> >
> > Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran
ini,
> > pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari
> > ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon
> > itu disambut oleh Zikri.
> >
> > "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku
> > jumpa kau?", tanya Zikri
> >
> > "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa
izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura.
> >
> > Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan,
> > bisik hatinya.
> >
> > "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku,
> > boleh?" pinta Zikri
> >
> > "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last
> > sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.
> >

> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------
> >
> > "Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh
> > makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak
> > Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia
> > lakukan.
> > Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu.
> > Zikri serba salah.
> >
> > "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak
> > mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses
> > untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara
sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah
> > dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang."
> > terang Zikri.
> >
> > Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung
> > mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita
> > gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan
> > Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
> >
> > Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian
> > penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
> >
> > "Ya betul apa yang Nura dengar
tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan
> > abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan
> > mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga
> > sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau
> > apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura."
> > Janji Hilmi.
> >
> > Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan
> > segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura
terlalu kecewa.
> >
> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------------

> > Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak
> > dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan
Nura
pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih
> > resah.
> >
> > "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi.
> >
> > "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi
> >
> > "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat
> > kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan
> > menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk
> > kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early
> > delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
> >
> > "Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal
> > Hilmi.
> >
> > Malu rasanya untuk menatap muka Nura.
> >
> > "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?
> > kesal Hilmi.
> >
> > "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah
> > bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang,
> > Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
> >
> > "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma
> > sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi,
> > dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan
jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.
>
>
> > Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau
> > dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan
membawa kehospital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
> >
> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------------
> >
> > "Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila
> > melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu,
mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana
dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang
keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
> >
> > "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah
> > panggilan manja mereka
sekarang ni.
> >
> > Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan
melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor
mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan
> > andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan
> > nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh
> > Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar,
amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di
> > hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja
> > semuanya demi bayi itu.
> >
> > Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan
> > gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi
> > dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana
> > bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para
> > doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang
serius,
lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit
> > sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba
> > ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah
> > khabarnya Nura di dalam sana .
Hilmi makin risau, setengah jam kemudian
> > doktor keluar.
> >
> > Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
> >
> >
> > "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik
> > dapat anak perempuan, seberat
2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya
> > upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.
> >
> > "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
> >
> > "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya
menggantikan darahnya
yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus
> > berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi
> > menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
> >
> > "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
> >
> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------
> >
Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan
mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu
dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah.
Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan
semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih
sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa
dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam
dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara,
ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini
Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu
pada Hilmi.
> >
"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk
Hilmi menenangkan Nura.
> >
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari
bilik air.
> >
"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan.
> >
> > "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya
didapur.

> > "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.

> > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------------

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar,
dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia
'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah
tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi.
Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan
seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk
melihat kelahirannya.

Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan
neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan
dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir
kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil
itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi
kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

Abang yang Nura rindui,

Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang
terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini,
mungkin Nura sudah
jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak
ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura.
Itu harapan Nura bang.

Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh
kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni
doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala
kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih
lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini.

Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap

tendangan dia abang, Nura
bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia.Nura rasakan setiap
pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan
sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura
tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan
doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan
kasihi selamanya.

Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi,
Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa,
dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura
redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk
merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.

Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang
akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan
hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat
seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan
menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah
permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan
kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini
Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...

Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu
bang...rindu sangat....

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu

Nura Ain Bt. Abdullah


Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan
kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga
sebuah kerinduan itu.....

Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.


SAYANGI LAH IA SELAGI IA ADA DI SISI......


Read more...

KELAS PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN

From: Rohana Bte Mohamed Shamsuddin

Renung2kan & selamat beramal…



DIPEROLEHI DARIPADA KELAS PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN
DR. FATMA


1. AL-FATIHAH
Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2. AL-FATIHAH
Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman

3. AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental

4. AL-FATIHAH
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan.

5. AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6. AL-FATIHAH
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.


SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.


1. YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

2. AWET MUDA (dalaman dan luaran)
Zikir Baca
Ya Badiyah -1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah – 3 kali
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.


Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

3. KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA
Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.

4. MENGELAKKAN SAKIT KEPALA
Baca ayat Al-Waqiah Ayat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan

Read more...

Fwd: FW: aqiqah anak adik wardina

From: Murni

Date: Tue, May 12, 2009 at 2:44 PM




















Read more...

Mayang Sari .... Akibat menggunakan susuk


From : Murni


Dibawah ini Merupakan Gambar dimana Mayangsari
saat masih Menggunakan SUSUK...



DAn Gambar BErikut ini Adalah Saat SUSUK itu Terlepas
Secara Tidak Sengaja Saat Berfoto dengan
Teman Kencan nya...





Detik-Detik Lepasnya susuk


Dan Inilah SAAT SUSUK ITU TERLEPAS...!!!




See The Different...??... ..maaf ye klo kaget
YA…. INILAH AKIBATNYA APABILA SUSUK TERLEPAS
dari WAJAH MAYANGSARI dan
SEANDAINYA BAMBANG TRIHATMODJO MENOLEH
KE ARAH KANAN, PASTI BAMBANG TIDAK MAU
MEMELUK MAYANGSARI LAGI.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP