Teori Fibonacci dan Elliot Wave

Sabtu, April 10, 2010

Teori 1. Fibonacci
Secara asasnya Fibo mula2 dicipta oleh seorang ahli matematik bernama Leonardo Fibonacci maka sistem pengiraan matematik ini dinamakan sempena nama beliau. Fibo ialah satu set pengiraan matematik yg berasaskan nisbah :

1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89.. dan seterusnya.

Secara amnya pengiraan fibo ialah 1+1=2, 2+1=3, 3+2=5 dan seterusnya.
Ok jika dibahagikan nombor yg berturut2, 55/89 = 0.618, dan jika dibahagi 2 nombor yg berselang, 21/55 = 0.382.

Tamat mengenai teori matematik, mengapakah fibo penting kpd market? jika setiap benda didunia ini dipengaruhi oleh fibo spt bangunan, pokok, piramid dsb, maka market juga terpengaruh oleh syarat2 fibo. Namun beberapa nombor sahaja yg dipraktikkan oleh trader;

Fibonacci Retracement Levels
0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764
Fibonacci Extension Levels
0, 0.382, 0.618, 1.000, 1.382, 1.618
Antara paras2 yg terpenting ialah 61.8%(0.618) dan 38.2%(0.382)




Penggunaan fibo lebih kepada support dan resistance. Yg mana trader akan menjangkakan diamanakah market akan berhenti, dimanakah market akan bertukar arah dsb. Anda boleh mendalami penggunaan fibo dia website www.babypips.com


Teori 2. Elliott Wave
Elliott wave ialah satu teori yg mana menunjukkan tentang kitaran sesuatu wave itu sendiri. Teori EW menyatakan bahawa setiap gelombang itu mempunyai kitaranya sendiri yg dibahagikan kepada 2, dipanggil; Impulse wave dan Corrective wave. Impulse wave dibahagikan kepada 5 bahagian, 1-2-3-4-5 manakala corrective wave pula dibahagikan kepada 3 a-b-c.



Antara syarat2 utama untuk menggunakan teknik ini ialah trader mestilah mempunyai pemahaman yg sgt mendalam ttg pergerakan wave itu sendiri. Syarat penggunaan yg biasa ialah;

• - Wave 2 akan turun tidak lebih dari permulaan wave 1.
• - Wave 3 akan naik melebihi puncak wave 1.
• - Wave 4 akan turun tidak melebihi puncak wave 1.
• - Wave 4 akan naik melebihi puncak wave 3.
• - Wave B akan naik tidak melebihi puncak wave 5.
• - Wave C akan turun melebihi bawah wave A.

Walaupun secara asasnya teori ini sgt mudah utk digunakan ttp secara praktikal menunjukkan bahawa ianya sgt sukar utk dijangka. Terdpt berbagai2 jenis gelombang yg akan mengelirukan walaupun utk trader yg berpengalaman. Terdpt juga keadaan dimana ianya dipanggil wave within wave (gelombang didalam gelombang). Anda boleh melihat cth2 Elliott wave di website ini.

(blog Mytradesystem. Blogspot)

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP