Asal 4 Buah Sungai Di Syurga

Sabtu, Jun 20, 2009

From: fiena chi

Untuk renungan bersama.....

Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga Bersabda Nabi s.a.w :
"Semasa  aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat
Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk
melihat ke dalam semua Syurga  Allah.

Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat  buah sungai
yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya
dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada
airnya dari madu dan ada airnya yg  tidak masin.
Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti  firman Allah
di dalam al-Qur'an :
"Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak masin.
Ada  sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya.
Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai
dari madu pilihan".
Aku bertanya kepada Jibrail a.s : "Wahai Jibrail a.s, dari
manakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah  akhirnya?"
Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu
ia mengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui."

Aku pun memohon petunjuk Allah lalu  muncullah seorang
Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, 
dia munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila
aku bukakan mataku  semula, aku berada dekat sepohon pokok yg
besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg  amat besar
diperbuat dari permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya
dari jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas.
Dan, aku lihat mengalir empat batang  sungai dari
bawahnya.
Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan 
bertanya:
"Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?"
Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan
pintunya berkunci? Dimanakah  kuncinya"

Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam  tanganmu"

Tanyaku : "Dimana?"

Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanirrahiim".

Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan
sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat
menakjubkan ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan
airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar.

Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu  bertanya lagi kepadaku: "Apakah
engkau sudah cukup puas melihat  permandangan ini? Sesungguhnya
masih ada yg engkau belum lihat. Cubalah engkau  perhatikan
sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itu memancutkan  airnya".

Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah
Bismillahirrahmaanir rahiim diantara (4) empat batang tiangnya.

Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar  air sungai tawar. Dari
lubang huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai  susu.
Dari  lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan,
dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu.
Demikianlah asalnya (4) empat  buah sungai di dalamsyurga. Dari itu,
barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanirrahiim,pasti
akan dapat minum air sungai ini di akhirat  kelak.

Read more...

bila hati tak bahagia..

From: fiena chi
 

Tanpa bahagia dan hati yang tenang seorang akan
dilihat sebagai :

1. LEMAH DAYA KERJANYA
Dia tiada perasaan ghairah utk bekerja,
semangatnya luntur. yang menonjol hanyalah kemalasan.
2. LEMAH IQ DAN EQ NYA
Minda tumpul  dan hatinya tidak dapat selari dengan kemajuan yang sedang begerak pantas disekelilingnya.

3. GELISAH
Hati yang bahagia akan terpancar dari wajah
yang jernih. Tanpa hati yang bahagia kemurungan akan
terjadi. Kemurungan yang keterlaluan boleh menyebabkan
penyakit mental dan juga berjangkit kepada
tindakan-tindakan bodoh lagi membahayakan.

4. KUAT PRASANGKA
Salah satu tanda penyakit rohani ialah buruk
sangka. Selain buruk sangka terhadap Allah dan
Rasulnya, orang begini juga kerap buruk sangka
terhadap org lain tanpa sebab dan alasan.

5. MENGHASUT
Hati orang yang tidak bahagia mudah menjadi
penghasut.

6. KEINGINAN-KEINGINAN YANG TIDAK MUNASABAH.
Misalnya, menaruh hati pd isteri dan suami
orang.

7. MEROSAKAN JASMANI
Menyebabkan tidak boleh tidur,hilang selera
makan dan lain-lain.

8. KIAN JAUH DARI TUHAN
kerana dia tidak dpt memberi tumpuan terhadap Allah
tatkala beribadah sedangkan beribadah bererti
mengingati Tuhan.
w'salam..

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP