Marvelous artist .. all done with a chain saw..

Isnin, Jun 22, 2009

From: zura

Read more...

Jadikan Teladan

From: Murni

Read more...

Benarkah Allah itu wujud

From: fiena chi


Ulama' Dicabar.....(Soal ketuhanan)

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah
Yahudi bernama Dahri.Kedatangannya mencetuskan kegemparan
dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat
Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait
dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat
dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak
pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama
Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan
dengannya.

Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan
ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu
Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah
lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan
dengan Dahri. Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi
Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga
ketokohannya. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan
antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan.

Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah
kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek
telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing menaruh
harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana
beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

"Subhanallah.... Subhanallah ....
Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!"

Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala
tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung.
Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya
menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang
biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT
bukanlah perkara kecil dalam Islam.

Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora.
Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan
ribuan mata yang turut hadir dalam majlis itu.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam
Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya.
Namanya yang sebenar ialah Nu'man, yang ketika itu usiannya
masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu,
Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.
Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.
Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi,
lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah
mendengarnya dengan penuh khusyuk. "...Aku bermimpi
ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat
ada sepohon kayu yand rendang dan lebat buahnya.

Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah
kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak
ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya
habis dimakan. Yang tinggal cuma batangnya sahaja.
Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi
pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan
kukunya yang tajam. Lalu, khinzir tadi mati di situ juga.
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang
telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah
umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera.
Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih,
masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu
kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu
mentafsir mimpi, sebagaimana nabi Allah Yusuf. Pada
pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda
baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti.
Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba
mentafsirnya: " Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai
dusun yang luas lagi indah itu adalah tafsiran kepada agama
Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tafsiran kepada
sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih
tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba
muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri.
Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi...
adalah saya..." jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya
berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman
Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri.
Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk
pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan
yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya,
sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar
dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang
dari atas pentas.

" Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya
pasti menjawabnya!"

Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan
enyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut.
Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut
cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban
dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!"

Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak
mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah
yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang
yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah
firman Allah SWT yang bermaksud: " Allah telah meninggikan darjat
orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat."
( Al-Mujadalah : 11 )

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda
ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara
Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan
pemikiran materialis dan ateisnya itu,berlangsung denganmendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri
semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri
sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri.
Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah.
Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan
penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas
itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...?
Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?"

Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.
Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada
Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...?
Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?"

Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah
yang petah itu.

"Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip
dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan
pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya
ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh
dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah
urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!"

Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya.
Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda,
Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang
muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah,
murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan
tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap
Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir",
tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada
permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi
yang selepas Nya....?"
Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya!

Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu.
Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding
bu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan
pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..."
Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil
itu yang diambil oleh Abu Hanifah.

"Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak
mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu,
yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang
kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercengang. Bungkam. Namun masih tidak berputus
asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya
di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan
penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan,
mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya,
iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai..budak mentah!" Sengaja Dahri
mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan
mu ketika ini ?"

Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat
yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya.

Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar
terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek,
memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini
ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di
atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar.
Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang
berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.
Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai.
Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya
menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi
menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah
terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah
seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat.

Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil
sempena nama ulama ini.

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita harus peka persoalan-persoalan
yang sering dipermainkan dan diajukan oleh orang bukan Islam
untuk mengelirukan fahaman kita.

Dengan adanya artikel ini sedikit sebanyak dapat kita mengetahui
persoalan mengenai keesaan Allah Taala.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP