Employee star

Ahad, Mei 24, 2009

Pekerja Aries
Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang
memerlukan mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang
masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olah kreativiti mereka
terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utama mereka
menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan
prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka
meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan
yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si
aries ini gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk
membantu apa yang perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja
yang kurang mahir. Mereka memang suka bab macam tu!

Pekerja Taurus
Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang
pekerja yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak
suka 'kipas mengipas' ni. Mereka bekerja ikut peraturan
dan akan sedaya upaya melakukan kerja yang diberikan itu
hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak 'lembab' sikit
dan suka buat kerja 'last minute'! Pun begitu, mereka
sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang
lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak
memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti!
Untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang
benar-benar menepati keupayaan mereka.


Pekerja Gemini
Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas
yang lain. Tak kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang
sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada
satu kerja saja dalam tempoh yang lama.
Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal
orang lain jadi tak hairanlah mereka ni boleh menjadi
'ratu gosip'. Mood dan produktiviti mereka sering
berubah ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan
yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka
menjelajah ke banyak tempat.


Pekerja Cancer
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang
bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap
dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan.
Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam
orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa.
Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan
yang selesa. Persekitaran kerja amat mempengaruhi
mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap
peramah.


Pekerja Leo
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi
perhatian utama ditempat kerja. Biarpun mereka
tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba
mencari jalan untuk meningkatkan status mereka
di mata teman-teman sepejabat.
Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka!
Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang
lain. Untuk 'mengawal' mereka ini, senang
saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar
mereka rasakan diri mereka itu orang penting!
Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja
kamu pula dirampasnya!


Pekerja Virgo
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan
rajin. Mereka tak kisah jika terpaksa bekerja
malam semata-mata untuk memastikan segala kerja
berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci
utama mereka dalam bekerja.Tapi mereka ini mudah
sangat mengkritik jika ada yang silap pada
pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan
pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan
yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka
dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak
perlu diampu, cukuplah
jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.


Pekerja Libra
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka
ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan
mereka juga berubah-ubah. Satu hari
mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja
cemerlang dan di hari yang lain pula mereka bersikap
sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu
mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil
mereka boleh naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan
cuba nak memerintah mereka lebih-lebih pula!


Pekerja Scorpio
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan mengharapkan
pertolongan daripada orang lain sangat. Segalanya
bisa diatur! Yang bagusnya, mereka tak pernah campur
adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut
untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada
yang tak kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat
salah itu orang atasan atau teman sejawat!
Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang lain
melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka,
begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!


Pekerja Sagitarius
Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu
dalam pekerjaan. Apa jua yang diserahkan kepada
mereka pasti akan dilakukan sebaik
mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan
mereka kerana itu adalah kepantangan bagi mereka!
Jangan cuba main-main!


Pekerja Aquarius
(haha-ye ker....selalu tolak tapi tak
beransur2..terbaik itu semestinyerr. ..)

Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan
apa,mereka asyik ingin lakukan yang terbaik.
Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk
mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka
untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.


Pekerja Capricorn
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan
untuk menjayakan sebarang kerja. Mereka juga akan
sentiasa cuba untuk meningkatkan daya
usaha mereka. Pun begitu, merea bukanlah seorang
yang suka memaksa. Apabila mengenalpasti matlamat,
pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala
yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja
secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang
dilakukan berbaloi, bermakna
gaji yang diberikan juga harus berbaloi!


Pekerja Pisces
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat
dan kerja kuat. Sekiranya ada yang tak kena di
dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula
mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot!
Mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi
untuk dilakukan!

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP