Tidakku sangka....

Selasa, Jun 16, 2009

From: fiena chi


Manusia hari ini suka bersangka-sangka.
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk.
Orang beribadah disangka riak.
Orang yang relax disangka malas.
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina).
Orang makan banyak disangka pelahap.
Orang makan sikit disangka diet.
Orang baik disangka buruk.
Orang buruk disangka baik.
Orang senyum disangka mengejek.
Orang masam disangka merajuk.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang diam disangka menyendiri.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang nampak ceria disangka membela.......

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah.
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan
mindanya.
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal
memusnahkan ukhwah seperti

musnah nya kayu dimakan api..Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Kalau rajin...Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim, Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan
pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah meninggal dunia...

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP