Apabila Marina Mahathir menulis....

Selasa, Jun 16, 2009

From: fiena chi

p/s: Cerita lama tapi masih berulang.... Padan la makin teruk
gejala sosial sekarang ni.....

Askum wbt..hmmm tak tersangka,buah fikiran mcm ni bleh
terkeluar dr mulut seseorng yg mengaku islam...hati ni bila dah
mati...ia berdiri berdamping dgn syahwat dan
menurutnya, walaupun Allah marah atau murka ia x peduli
lagi...sebab cinta mereka ni didasarkn pd nafsu,dan jika
membenci juga disebabkan hawa nafsunya. Hawa nafsu yg
lbh disanjung....nauzubillah.

MARINA MAHATHIR telah menulis satu rencana yang
menarik dalam The Star baru-baru ini.
Berikut adalah terjemahannya sebagaimana yang
disiarkan oleh laman Marhaen.

Moral Yang Tergugat
(Morals At Stake)
Oleh: Marina Mahathir - The Star 5 Mac, 2005
--------------------------------------------------------------------------------

Sebagai ibu bapa yang hidup di bandar-bandar, salah
satu tugas kita yang paling mencabar dalam membesarkan
anak gadis kita ialah mengekang keghairahan mereka untuk
keluar malam bersama kawan-kawan. Gara-gara risau
akan keselamatan, kita menjadi ibu bapa yang sungguh kerap
meleter akan bahaya kalau mereka minum-minum, terlibat gejala
dadah dan berbual dengan lelaki yang tidak mereka kenali.

Memang sukar kerja itu tetapi ia perlu dilaksanakan juga.
Kini, sudah muncul satu topik baru dalam senarai
berbahaya kita itu. Topiknya ialah "serbuan dan
tangkapan" yang dilakukan oleh sekelompok manusia yang
menggelarkan diri mereka sebagai pegawai agama. Bagaimana
caranya kita mewaspadakan anak-anak akan perkara
ini? Apakah kita perlu memberitahu mereka agar menelefon
kita secepat mungkin dan tidak mempedulikan orang-orang ini?
Ataupun apakah kita perlu beritahu anak-anak agar
mematuhi kehendak pegawai agama ini
yang pastinya bertindak mengeluarkan arahan yang
sungguh memalukan kita?

Tindakan menyerbu salah satu disko bandaraya Kuala Lumpur
tentu membawa kesedaran kepada kita kerana ia mendedahkan
sikap kurang ajar orang-orang ditugaskan membuat kerja-kerja ini.
Apakah tindakan mereka mengaibkan orang-orang yang mereka
periksa itu melegakan mereka? Apakah mereka lega dengan hitungan
pahala yang mereka dapat untuk memasuki gerbang syurga dengan
tindakan memaksa gadis-gadis muda menunjukkan bahagian
badan kepada mereka. Sedangkan inilah kumpulan gadis
muda yang mesti berpakaian menutup aurat agar tidak menggoda
mereka? Sebagai seorang ibu saya memang begitu mual dengan
kejadian ini. Sudahlah kita kerap dihantui ancaman pihak yang
mengganggu keselamatan anak-anak kita, bagaimana pula caranya
menangani pegawai-pegawai agama ini (JAWI - penterjemah) yang
seolah-olah direstui perbuatannya oleh kerajaan negeri?

Tentu tidak, kerana bukannya kerja mudah untuk
memekap dan memeramkan anak-anak kita di rumah begitu sahaja.
Perbuatan begini bukan sahaja akan membuatkan mereka menjadi
degil dan memberontak, tetapi kalau mereka sudah berusia lebih
21 tahun kita tidak lagi mempunyai hak mengunci anak-anak
kita di rumah.

Jika demikian, bagaimana caranya kita mahu melindungi
anak-anak daripada kumpulan yang taksub ini?

Jawapannya ialah kita mesti hentikan segala sifat
membiarkan keadaan begini terus berlaku.
Tangkapan dan penggeledahan semacam ini mestilah
dihentikan kerana ia adalah sama dengan sifat hipokrasi dan
bermuka-muka. Pada prinsipnya kalau satu golongan penduduk
kita tidak boleh keluar malam di disko kerana takutkan
mereka dirasuk pengaruh tidak bermoral, kenapa mesti digeledah
hanya satu disko sahaja pada sesuatu malam?
Kita tidak mahu membincangkan perihal kesopanan dan sensitiviti
tangkapan semacam ini, kerana kita mahukan segala kegiatan
pemeriksaan mendadak sebegini mesti dihentikan.

Kita perlu bertindak menentang perbuatan yang begitu memalukan,
lebih-lebih lagi asas dilakukan pemeriksaan seperti itu masih boleh
diragukan nawaitunya. Kita harus pertanggungjawabkan kelompok
yang melakukan penggeledahan semacam ini sebagai orang-orang yang
bertanggungjawab merosakkan anak-anak kita, kerana menakut-nakut
dan mengaibkan mereka tidak tentu fasal. Lagi pun kerja-kerja
mereka itu dibuat atas nama agama, kesannya anak-anak ini akan
membenci terus agama mereka.

Apakah caranya kita mahu meyakinkan mereka betapa
agama mereka itu adil dan penyayang sedangkan orang-orang yang
melantik diri sendiri sebagai penjaga keluhuran agama itu
ternyata tidak bersikap begitu? Secara terus terang biarlah saya
nyatakan di sini, kalaulah saya salah seorang ibu bapa yang
mempunyai anak gadis yang telah diaibkan oleh kumpulan begini,
sudah pasti saya akan menyaman mereka hingga ke lubang cacing.

Apa yang sudah berlaku sebenarnya sudah menguji
kesabaran kita hingga ke garisan penamatnya, kalau pun tidak
ke tahap kita terus putus asa.

Tibalah masanya kita mesti bertindak tegas kalau kita mahu
melihat negara kita ini bergelar sebuah negara Islam yang
moden. Kita mesti bertegas dan bersungguh-sungguh.

Seandainya kita mahu mempertahankan imej sebuah
masyarakat toleran dan adil, kita mesti menentang kumpulan
yang tidak adil dan tidak toleran ini yang ternyata begitu
riang menyalahgunakan apa juga kuasa yang ada di
tangan mereka. Kita harus tentang segala usaha serbuan dan
tangkapan di kelab-kelab malam dan jua ke atas pasangan
berdua-duaan (yang memadu asmara? - penterjemah).

Hakikatnya nanti kita bertanggungjawab hanya kepada
Yang Maha Esa sebagai Bos kita. Siapakah orang-orang
yang menganggap diri mereka sebagai proksi Bos kita
di bumi ini? Maafkan saya bercakap begini, tetapi sudah tentu
kita tidak mahu sekumpulan manusia seperti ini yang
ternyata sakit (mental?) dan mahu membelek-belek
anak gadis kita yang ketakutan atas nama jabatan agama
yang berkuasa.

Di mana sahaja saya menjelajah negara membangun
ramai orang yang memberitahu saya betapa mereka kagum
melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya. Inilah
negara yang menjadi contoh dan menunjukkan apa juga
boleh dicapai kalau kepentingan rakyat diambil-kira selalu.
Mereka kagum dengan cara kita menyatu-padukan rakyat yang
berbilang kaum sambil meningkatkan taraf hidup mereka melalui
pendidikan, kemudahan rumah kediaman dan kemudahan
perubatan yang boleh berdaya-saing dengan negara-negara
maju. Tup-tup berlaku pula kejadian serbuan dan
tangkapan semacam ini, memalukan kita hingga tidak tahu macam
mana nak sorok muka.

Percayalah saya, hanya mereka yang ada otak macam Taliban
(dan mereka yang mahu melihat Malaysia jatuh standardnya setakuk
dua) beranggapan bahawa serbuan dan tangkapan semacam ini
adalah baik. Orang yang berfikiran bahawa dunia tidak
memerhatikan kita adalah kelompok yang hidup laksana
katak di bawah tempurung.

Apakah kesan semua ini nanti? Mereka yang berharta
sudah tentu akan menghantar anak-anak mereka keluar negara
kerana tidak mahu mereka diaibkan oleh kegiatan (pegawai JAWI)
seperti ini. Ini bererti bahawa jurang pemisah akan bertambah luas,
apalagi dengan renggangnya hubungan rapat mengenai kampung
halaman sendiri yang akan tersisih jauh daripada anak-anak yang
dihantar belajar luar negara.

Mereka yang  tinggal akan menjadi semakin membenci akan
nasib buruk mereka. Sesungguhnya kita sedang berada di
puncak gunung berapi yang hampir meledak disebabkan golongan
muda-mudi yang semakin memberontak.

Siapakah yang patut kita persalahkan?

2 ulasan:

cdanhash 19 Jun 2009 pada 12:42 PG  

ish... betullah kata pepatah melayu... kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke roti canai....

Anz Heroes 19 Jun 2009 pada 10:03 PG  

Sebab itu ramai orang suka makan roti canai.. hu hu... disebabkan perkara diatas.. jumlah pegawai penguatkuasa agama telah dikurangkan mengikut daerah...kalau x silap 1 pegawai penguatkuasa jaga 1 daerah..

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP