Fwd: ALERT : Penipuan melalui telefon

Selasa, Jun 16, 2009

Akhir-akhir ini banyak betul scam melalui telefon yang cuba
untuk mendapatkan maklumat peribadi / kewangan.
Biasanya 'percubaan' ini agak menonjol, contohnya untuk
'mengesahkan' butiran kad kredit visa kononnya, dll. Tapi panggilan
separa auto yang saya terima pagi tadi agak 'real' dan hampir
memerangkap saya... begini bunyinya lebih kurang:

Kring-kring. ... "We have yet to receive payment for the charge
you authorized using your bank name / card name on 11th of March
for the amount of 4,982 ringgit. Press 1 to repeat this message,
press 2 to speak to our customer service officer".

Ha! ha! since I did not remember authorizing such amount using
that card, I got panicky and after pressing 1 two more times,
I pressed 2 to speak to the officer... and was promptly greeted by:

"Hi, good morning. Can I get your IC number please?...."

Nasib baik saya cepat terjaga dari pukauan itu (ya, pukau tu beb),
dan selepas teragak-agak selama 3 - 4 saat, saya beritahu 'pegawai'
tersebut saya tak boleh berikan apa-apa maklumat kepadanya,
melainkan saya menelefon sendiri ke bank.

Panggilan saya ke bank sejurus kemudian mengesahkan tiada
charge yang sedemikian, dan juga pengesahan dari 'pegawai'
yang sebenar bahawa panggilan-panggilan sebegitu adalah begitu
lumrah sekarang. Selepas nombor KP, mereka akan minta nombor
kad kredit, tarikh lahir, dll - kononnya untuk 'pengesahan' .

Jadi rakan-rakan, berhati-hatilah. If you call your bank, it is safe
to give your details for verification, but if "your bank" calls you,
and request for your details, think again! Hmmm no, don't think,
just hang up!
Other points to note: biasanya 'accents' scammers ni quite obvious,
dan agak mustahil pula untuk 'terus' disambungkan kepada
pegawai perkhidmatan pelanggan - walau apa pun institusi
perkhidmatan yang anda hubungi, kan? Nak tahu, cuba hubungi
Maxis, Celcom, Astro, whatever, mesti masuk 'queue' seminit
dua, kan?

Begitulah lebih kurang.

Cheers - Hj Dan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP