'SOGOK WANG MULA MELANDA PAS'

Sabtu, Mei 16, 2009

From: Haifa Salwa
Date: 2009/5/15

Saya sebagai anggota PAS sangat sayangkan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Sudah beberapa kali saya tegaskan supaya pemimpin PAS berhati-hati membuat kenyataan akhbar.

 

Kita semua faham bahawa media di negara selain dari menjadi pengampu kepada BN, matlamat mereka juga ialah untuk mencari duit demi keuntungan dunia. Media langsung tidak memikirkan implikasi laporan samada ianya fitnah mengelirukan dan sebagainya, yang penting cerita mereka panas, sedap dan menarik minat.

 

Sinar Harian edisi selatan hari ini benar-benar mengguris hati saya kerana tajuk utama akhbar itu berbunyi ' SOGOK WANG MULA LANDA PAS'. Suatu kenyataan yang berat dan bagi saya tidak benar. Malah apabila membaca isi laporan tersebut ternyata ianya tidak berasas kerana kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS tidak menyebut bahawa perkara itu ujud. Sebaliknya beliau meminta jika perkara itu berlaku ia mesti dihentikan. Tidak semestinya ia telah berlaku.

 

Namun Sinar Harian menggunakan tajuk 'SOGOK WANG MULA MELANDA PAS' yang saya yakin tajuk itu digunakan untuk menarik pembaca membeli akhbar tersebut.

 

Jadi sekali lagi saya tegaskan kepada semua peringkat pimpinan PAS supaya menghentikan sebarang komen berkenaan isu ini kerana ternyata media mula memutarbelitkan isu ini demi kepentingan politik BN dan juga keuntungan masing-masing.

 

Saya yakin bahawa unsur-unsur rasuah dan politik ini tidak pernah berlaku dalam PAS sehingga ke saat ini.

 

Sebagai contoh semasa pemilihan peringkat cawangan dan Kawasan Bukit Katil baru-baru ini ahli PAS bukannya berebut untuk bertanding jawatan tertentu malah berebut-rebut menolak untuk bertanding dan memberi laluan kepada sahabat-sahabat lain sehingga jawatan Yang Dipertua, Timbalan dan Naib Yang Dipertua dan kebanyakan jawatan Ketua Cawangan dimenangi tanpa bertanding.

Saya sendiri diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil setelah tiada calon lain yang sanggup memegang amanah yang bakal dipersoal oleh Allah di akhirat kelak. Berlainan dengan Umno yang mana mereka berebut-rebut untuk menjadi ketua sehingga sanggup berbelanja ratusan ribu malah jutaan ringgit untuk mendapatkan sesuatu jawatan yang besar.

 

Saya mengharapkan mana-mana media yang menuduh terdapatnya unsur-unsur rasuah dan politik wang supaya menarik balik laporan itu dan memohon maaf kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia

 

Sofi Wahab

Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

 


0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP