Smile my friends.....

Sabtu, Mei 16, 2009

Cerita Krew TV.....

Kisah yg berlaku di Yaman....

Tiba di satu perkampungan di selatan Yaman, kereta pacuan 4 roda mereka tiba-tiba mati. Sebabnya minyak habis.
Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje.
Beberapa orang kampung pun datang nak tolong.

Seorang krew TV berkata sambil menepuk bonet kereta
"Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un ".
Seorang lagi krew TV berkata sambil menunjuk lubang tangki minyak
" Petrol - Sodaqallah hul azim".



Pening semua pak Arab tu...ekekeke....

_____________________________________________________________

Kali ni its happen in Makkah.

Satu hari sorang pak cik jalan dengan bini dia di lorong kota Makkah, al-mukarramah dan nak jadikan cerita dia tersesat dan tak tau jalan nak balik hotel. Nak tanya pak arab, dia tak tau cakap arab. Pikir punya pikir dia pun teringat satu kelas tafsir yang dia pernah ikut....

Dia pun tanya pak arab ni...
" Ana fi dhala limmubin " (terjemahan - Saya dalam kesesatan yang nyata..)

Dia sambung lagi

" Ih dinassira thal mustaqim " (terjemahan - Tunjukkan kami jalan yang lurus..)

pak arab tu pun tepuk dahi... MasyaAllah....

SAKSI

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Ibu Fatima, Ibu kenal siapa saya?

Ibu Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil
. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar.. dan aku merasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar...

Peguamcara tersebut terpegun
lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima..Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..

Peguamcara : Ibu Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi.., peguambelakan?

Ibu Fatima : Oh ya, tentu saja... Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu ia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan... Ia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Ibu Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya...
"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya.. adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan..," kata hakim.

 

Cut Connection

Mawar bermaksud ingin memutuskan hubungan dengan kekasihnya Tom (org putih Amerika).

Tapi dia tak sanggup untuk bertemu muka, lalu dia memutuskan menulis surat.

Hi, my motive write this letter is to give know you something .

I WANT TO CUT CONNECTION US .

I have think about this very cook cook .
I know I clap one hand only .
Correctly, I have seen you and she together at town with my eyes and head myself .

You always ask for apology back back , but I don't trust you again!! .
You are really crocodile land!! .

My Friend speak you play with fire .
Now I know you correct correct play with fire .
So, I break connection to pull my body from this love triangle.

I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me

So, I break off to go far from here .
I have been crying until no more eye water thinking about you .
I don't want fall with banana two times.

Safe walk...

Kantoi

Ada 4 orang sahabat. Mereka duduk satu rumah dan belajar di pusat pengajian tinggi yang sama. Nak di jadikan cerita, mereka ni unaware hari khamis tuh satu test, kira last minute la baru tahu (biasa la,student ni kadang2, ponteng, lepas tuh tak nak tanya2 kengkawan). So, mereka berfikir la, macam mana nak elakkan daripada mengambil ujian pada hari tu.nak kelentong professor la ni.

Ada seorg tu, cadangkan rumah terbakar la,tapi ada yg bantah. Cam tak logik sgt, bnyk laks soal jawab nanti dengan professor. Last2, dpt idea yg mereka fikir sgt bagus. Salah seorg tuh tepon la si professor tuh. Cakap sebiji tayar kereta mereka pecah. Skrg mereka kat highway, tak sempat nak sampai on time (kira jauh la ni). Professor pun setuju la menangguhkan ujian ke hari isnin depan. lega. Mereka fikir, sempat la nak study jap.

Hari Isnin pun sampai. Ujian tu professor buat kat bilik dia. Yerla,4 org jer. Senang nak monitor kalau2 ada la yg nak meniru2 ke, bincang jawapan ke. Ujian pun bermula. Ada 2 soalan je. Soalan pertama, 1 markah. wah, skit je. Professor tanya apa nama subjek ujian yg mereka tgh ambil ni.OK.
senang la kan. Soalan 2, 99 markah. Ha, ambik kau. terkejut. Cuba teka apa soalan yg professor tuh bagi ?


Soalan ke 2 : tayar kereta mana yg pecah ?
Macam mana nak jawab? Jawapan tak boleh bincang. Kalau seorg jawab depan kiri, seorg jawab depan kanan, yerlah, ada 4 kemungkinan kan, professor boleh detect la mereka menipu... ... he he he

Tertinggal Sesuatu

Satu ketika dulu sebuah kerajaan di timur tengah telah merangka untuk membuat satu projek yang menyerupa NASA, meneroka ilmu di bidang angkasa lepas. Selepas berjaya mencipta kapal angkasa sendiri, mereka merancang untuk menghantar tiga orang angkasawan di bidang tertentu selama 4 tahun untuk membuat kajian di angkasa lepas. Bidang yang di pilih adalah bidang bayi tabung uji, ilmu cakerawala dan ilmu kesihatan yang membabitkan rokok.

Maka dipilihlah tiga orang yang paling berkalibar untuk memikul tanggung jawap tersebut. Pertama seorang doktor perempuan yang memang terkenal pakar dalam bidang percantuman bayi tabung uji. Dia berjanji walau pun dia seorang diri mengkaji bidang tersebut, sekembalinya nanti selepas 4 tahun, dia akan membawa pulang sekurang kurangnya sepuluh bayi sihat ke bumi.

Kedua, seorang Prof. Didalam bidang cakerawala, dia berjanji, selepas empat tahun nanti, dia akan memberi penyelesaian bagaimana manusia boleh hidup di planet lain.

Ketiga, seorang penggila rokok, dia dipilih kerana terlalu kuat ketagih menghisap rokok, dia hisap empat kotak 20 batang rokok sehari. Dia berjanji sekembalinya nanti selepas empat tahun, dia akan menghasilkan satu rokok yang akan memberi kepuasan kepada semua penghisap rokok.

Maka sampailah hari yang dinantikan, hari pelancaran dan penghantaran mereka bertiga keangkasa lepas. Maka beribu-ribu orang menghadiri upacara penghantaran tersebut di tapak pelancaran kapal angkasa itu.

Doktor perempuan tadi pergi sambil membawa beratus ratus tabung uji untuk dibuat penyelidikan di angkasa. Si Prof pula membawa beratus-ratus buku dan peralatan untuk tujuan penyelidikannya, manakala si penggila rokok membawa 24 almari yang penuh dengan rokok yang mengandungi 30 jenama rokok berlainan jenis yang terdapat diserata dunia, kesemuanya ditaja oleh syarikat-syarikat rokok dunia. Sangat seronok dia, maklumlah rokok free, sapa tak mahu oi. Mereka pun disorakkan bagai raja semasa pemergiannya. Selang beberapa jam ruang angkasa dipenuhi asap tebal dan bunyi bising
tanda pemergian mereka membawa misi besar negara mereka dan rakyat untuk masa depan.

Masa berlalu, orang ramai semakin hari semakin lupa tentang mereka dan akhirnya sampailah masa yang berlalu selama empat tahun. Negara dikejutkan dengan kepulangan mereka pada tarikh tertentu. Maka berduyun-duyunlah manusia berkumpul menantikan kepulangan mereka sebagai wira negara. TV1 hinggalah TV30 berkumpul untuk menemuramah mereka. Tiba-tiba angkasa lepas bergema, kelihatan dari jauh sebuah kapal angkasa menghampiri bumi, sedikit demi sedikit kapal itu kelihatan membesar, menandakan ia semakin hampir. Apabila ia mendarat semakin riuh orang ramai bertepuk tangan. Bila kapal itu berhenti, semakin tidak sabar melihat wajah hero mereka.

Pintu kapal terbuka, doktor perempuan turun mendahului yang lain, terbeliak semua mata yang ada, dia turun bersama 10 kanak-kanak yang kelihatan begitu gembira. Bila kakinya menjejaki lantai lapangan terbang tersebut, wartawan menyerbunya dan bertalu-talu soalan diajukan. Dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut.

Kedua, muncul Prof. Cakerawala, dia juga diserbu dan diajukan beribu soalan oleh wartawan, tapi dengan penuh yakin dia menjawap kesemua soalan tersebut. Selepas selesai keduanya, semua wartawan dan orang ramai, terutamanya penghisap rokok, tertumpu pada orang ketiga, si Penggila Rokok. Tunggu punya tunggu akhirnya keluarlah Penggila Rokok tersebut, maka bergemuruhlah orang ramai bertepuk, wartawan tanpa berlengah lagi menyerbu ketangga kapal angkasa untuk menemurahnya. Tetapi
sesuatu yang agak pelik telah berlaku, si Penggila Rokok bergegas turun, tanpa menghiraukan wartawan yang menyerbunya, dia menolak mereka ke tepi, dengan wajah yang sangat marah, dia bukannya menuruni tangga pesawat tersebut, tapi terjun kebawah
sambil menjerit.

"Pinjamkan aku lighterrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Aku terlupa bawak lighter, aku nak hisap rokok, empat tahun aku tak hisap rokoooooooooook. Bodooooooooooh!!!!!!"


Dari Seberang

Di sebuah desa ada seorang janda yang kaya, tanpa anak, dan
penampilannya juga menggairahkan tiap pemuda yang melihatnya.
Di lain waktu ada seorang pemuda yang kerjanya merompak, dan
timbul dalam hatinya untuk merompak rumah si janda yang kaya tersebut.

Alhasil si pemuda berjaya masuk rumah si janda lewat atap yang
kebetulan di atas kamar si janda. Dan pada saat itu si janda lagi
tidur terlentang tanpa busana. Muncullah niat yang lain bagi si pemuda. Kemudian dia menyelinap ke tempat tidur si janda tersebut. Si janda terbangun bila terdengar bunyi gelas yang jatuh akibat dilanggar dek kaki pemuda tersebut.
Lansung saja si pemuda menarik golok dan mengancam si janda "Jangan berteriak, NYAWA ATAU NYAMAN!" Si janda ketakutan dan dengan nada lemas menjawab "NYAMAN AJA MAS".
Setelah hal tersebut terjadi... si perampok hendak pulang karena
merasa puas. Tapi pada saat hendak memakai pakaiannya, goloknya tertinggal di samping si janda dan si janda langsung mengambil dan balik mengancam "Mau ke mana?" "Pulang" jawab si pemuda ketakutan dan dengan nada cemas. Si janda menggertak sambil meletak golok di leher pemuda tersebut MAU PULANG ATAU ULANG??"


0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP