Kajian Terbaru

Sabtu, Mei 16, 2009

Kajian Terbaru:Pasangan Saling Membisu Sesama Mereka Sebanyak 10 Hari Setahun...

Kajian terbaru mendapati secara purata, pasangan saling tidak bercakap semasa mereka sebanyak 10 hari setahun. Ini disebabkan sama ada mereka terlalu marah mahupun terlalu ego untuk mengalah ketika berlaku perbalahan.

Tinjauan yang dibuat oleh OnePoll ke atas 3000 pasangan British mendapati mereka saling membisu secara purata selama 2 jam 14 minit bagi setiap kali selepas perbalahan. Malah, tinjauan itu juga mendapati pasangan berbalah atau berselisih faham sebanyak secara purata 2 kali seminggu.

Lebih menarik lagi, tinjauan tersebut juga mendapati 60% daripada pasangan diuji mengaku enggan menghias diri dan menghidari ciuman pasangan mereka. Sekurang-kurang 14% daripada mereka turut mengakui lebih senang meninggalkan pasangan mereka ketika perbalahan berlaku bagi mengelakkan konflik bertambah buruk.

Antara faktor yang dikenal pasti oleh OnePoll ialah sikap pasangan yang enggan mengalah dan tidak mahu mengaku kesalahan sendiri menjadi punca perbalahan tidak dapat diselesaikan sesama mereka.

Apakah punca perbalahan ?

OnePoll Survey turut mengesan punca-punca berlakunya perbalahan dan perselisihan faham dikalangan pasangan British tersebut. Mereka mendapati;
50% punca perbalahan disebabkan oleh sikap pasangan yang kurang peka dan sensitif terhadap diri mereka.
36% disebabkan oleh sikap suka mengambil mudah ke atas semua perkara.
34% disebabkan oleh faktor kewangan.
24% disebabkan oleh perkara remeh seperti kehilangan kunci dan barangan peribadi, dan juga meletakkan alat jarak jauh TV merata tempat.

Selain itu, isu anak, membeli-belah, isu di bilik tidur dan perebutan menonton rancangan kegemaran juga merupakan antara punca kenapa pasangan berselisih faham dan berbalah.

Tinjauan OnePoll juga mendapati lebih 50% bersetuju bahawa dengan ungkapan maaf boleh menyelesaian perbalahan atau perselisihan sesama mereka manakala 76% mengakui perselisihan faham dan perbalahan sebenarnya merupakan asam garam dalam suatu perhubuhan suami isteri mahupun kekasih.

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP