Peringatan sebelum datangnya saat kematian.........temuduga sebagai calon jenazah...

Sabtu, Mei 23, 2009

From: Noor Sanniah

Renung2kan……………….

 

Temuduga Sebagai : Calon Jenazah


 

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


 

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.


 

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


 

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).


 

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa sijil-sijil,
termasuk sijil saham termasuk saham Internet.

Anda tidak perlu bawa pingat ,
 Mercedes mata belalang atau kad kredit.

Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.

Anda tidak perlu berparas rupa  yang   cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu :

 Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


 

PANEL PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.


 

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
 Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).

 Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
 sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
 Jika mayat itu seorang muslim,
 maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya,
 puasanya diletakkan disebelah kanannya,
 zakatnya diletakkan di sebelah kirinya
 dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah,
 silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya."

 Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata
kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah
amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

 Maka malaikat berkata kepadanya :

 Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula
terbenam,

 lalu malaikat bertanya kepada mayat itu :

 "Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
 bagaimana penyaksian kamu kepadanya?"

 Maka berkata mayat itu :

 "Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang."

 Maka berkata malaikat :

 "Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab
dahulu apa yang kami tanya ini.
 Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya;
 dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?"

 Maka berkata mayat itu:

 "Laki-laki itu ialah!
 Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah
pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala."

 Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

 "Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan
itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya."

 Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas
70 hasta dan disinari cahaya baginya'.


 

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

sekian wassalam

yang benar
kakros.

jabatan perpaduan ummah

kementerian jabatan agama islam malaysia 

 


0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP