PENYAKIT MENINGITIS

Sabtu, Mei 23, 2009

Apakah Penyakit Meningitis

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Salah satu bakteria

penyebabnya ialah

Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai

jangkitan

Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh

juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak

terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi

mendapat jangkitan.

 

Cara Jangkitan

Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari

hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Tanda dan Gejala Penyakit Meningitis

5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.

Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-

- Demam

- Sakit kepala yang teruk

- Loya

- Muntah

- Ketegangan atau sakit pada tengkuk

- Mata terasa sensitif melihat cahaya

(photosensitive)

- Ruam pada badan

- Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)

 

Rawatan Penyakit Meningitis

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani

pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan. Penyakit

Meningococcal

Meningitis

boleh dirawat menggunakan antibiotik. Pengambilan antibiotik untuk pencegahan

(prophylaxis antibiotic)

hanya disyorkan kepada kontak terdekat pesakit. Penyakit

Meningococcal Meningitis

boleh dicegah melalui pemberian pelalian.

 

Kompilasi Penyakit Meningitis

Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf

seperti lumpuh dan pekak atau kematian.

 

Pencegahan Melalui Pelalian Vaksin Meningococcal

- Vaksin yang digunakan dipanggil

Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135

- Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti

negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang

mengerjakan haji dan umrah.

- Vaksin ini diberi 2 minggu sebelum melancong atau lawatan dibuat. Pemberian vaksin ini boleh

menberi ketahanan diri terhadap penyakit meningitis selama 3-5 tahun.

- Pemberian vaksin secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.

- Vaksin ini boleh didapati di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta.

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP