Fwd: SAHABAT

Sabtu, Mei 23, 2009

From: irwan


 

RASULULLAH ADALAH SAHABAT PALING BAGUS

 

Setiap manusia yang idup di atas muka bumi ni mempunyai sahabat (kawan, teman, gu, saie, dll). Contoh sahabat yang paling bagus adalah Rasulullah s.a.w… Baginda bukan sahaja sebagai bapa kepada anaknya, malah sebagai sahabat. Begitu juga baginda sebagai sahabat kepada isterinya. Sahabat kepada orang bawahannya, rakyatnya, cucunya, bapanya, besannya, mentuanya dan seterusnya. Bayangkan selama 10 tahun Anas bin Malik bersama Rasulullah, tidak pernah sekalipun beliau dimarah dan diherdik oleh Rasulullah. Malahan baginda tidak pernah meninggikan suara kpd Anas. Cuba bayangkan…hmm baginda adalah sahabat paling bagus di dunia. Patutlah Allah s.w.t menyatakan bahawa baginda Rasulullah adalah kekasihnya.

 

Pengorbanan seorang sahabat yang paling besar adalah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w. Dimana beliau sanggup mengikut  Rasulullah berpindah dari kota Mekah ke Madinah. Bukan sekadar mereka bersusah payah berjalan dari Mekah ke Madinah, tetapi mereka sentiasa diancam untuk dibunuh oleh kaum Quraisy. Saidina Abu Bakar sentiasa di belakang dan di depan baginda. Bila ditanya akan hal itu, beliau menjawab….

 

" Aku berjalan dihadapanmu untuk memilih jalan yang baik dan selamat, sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatanmu dari serangan musuh yang mengejarmu."

 

Mulianya pengorbanan seorang sahabat dengan mempertaruhkan nyawanya demi menjaga nyawa sahabatnya (dan juga pemimpin) dari dibunuh kaum kafir Quraisy.

 

 

Nasihat Abu Sulaiman tentang pentingnya memilih sahabat, kata Abu Sulaiman :

  

 "Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2 orang ini , pertama orang yang engkau ajak dalam urusan duniamu dengan jujur. Kedua orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan duniamu untuk urusan akhiratmu. Jikalau engkau bersahabat selain dari 2  orang ini, pastinya engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya."

 

Di bawah ni saya tulis adab dengan sahabat yang saya salin semula dari buku Panduan Ibadah Muslim yang disediakan oleh Jawatankuasa Penerbitan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Semoga ia menjadi panduan kita dalam menjalani kehidupan seharian samada di tempat kerja ataupun di luar waktu kerja. Semoga dengan ini Allah s.w.t meredhai kita sebagai hambanya yang iklas/jujur dalam setiap perkara.

 

ADAB DENGAN SAHABAT

 

1.      Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau dia tidak   

         kuasa berbuat   demikian maka sekurang-kurangnya hendaklah dia   

         memberikan kepada sahabatnya  apa-apa yang lebih dari hajat   

         darinya.

 

2.      Menolong sahabat pada segala hajatnya dengan segera sebelum meminta tolong kepadanya.

 

3.      Memperkenankan jemputannya dan menjemputnya ketika mengadakan sesuatu majlis.

 

4.      Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

 

5.      Menutup keaiban sahabatnya.

 

6.      Menasihatinya bila dia meminta nasihat.

 

7.      Berdiam diri dari menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya.

 

8.      Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji sahabatnya.

 

9.      Mendengar dengan baik percakapan sahabatnya ketika di bercakap.

 

10.    Meninggalkan pertengkaran dengan sahabatnya.

 

11.    Mendoakan dengan rahmat Allah semasa dia bersin.

 

12.    Menziarahinya ketika dia sakit.

 

13.    Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.

 

14.    Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui dengan kebaikannya.

 

15.    Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

 

16.    Menegah orang lain yang ingin mengumpat sahabatnya seperti dia membela dirinya sendiri.

 

17.    Memberi nasihat dengan cara lemah lembut dan bahasa yang halus bila ingin menasihati sahabatnya.

 

18.    Memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sahabatnya.

 

19.    Mendoakan sahabatnya apabila dia duduk bersendirian, ketika sahabatnya masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

 

20.    Mengiringi jenazahnya ke kubur apabila beliau meninggal dunia.

 

21.    Mengekalkan kecintaan pada keluarga sahabatnya selepas dari kematian sahabatnya.

 

22.    Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan beban dan tanggungjawab, bahkan hendaklah ia meringankan daripadanya supaya dia sentiasa senang hati kepadanya.

 

23.    Menyatakan kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya, dan juga menyatakan kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.

 

24.    Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar.

 

25.    Memulakan memberi salam apabila berjumpa sahabat.

 

26.    Meluaskan tempat duduk pada sahabatnya ketika dia masuk kedalam majlis dan hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya itu ketempat lain ketika dia tidak dapat berbuat demikian.

 

27.    Hendaklah dia bangun mengiringi sahabatnya itu (sampai ke pintu) ketika keluar dari rumahnya.

 

28.    Hendaklah dia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga dia selesai dari percakapannya dan jaganlah ia suka mencelah sahabatnya yang sedang berckap-cakap.    

        

 

 

 


0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP