Rogol, Bunuh dan Bakarscary) 18SX
Sabtu, Mei 23, 2009
From: Noor Sanniah
Read more...
From: Noor Sanniah
|
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Allah berfirman:
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan...
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
" tempat dimana cinta itu ada."
Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan
kecantikan wanita mereka yang azali..
bukan pada kecantikan luaran semata-mata
Selami lah hati wanita mu... dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.
Read more...Renung2kan……………….
Temuduga Sebagai : Calon Jenazah
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN: A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa sijil-sijil, Anda tidak perlu bawa pingat , Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR: 1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda? CARA MEMOHON: Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada Ia diberi nama Izrail. TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI: Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : "Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu Maka berkata mayat itu : "Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang." Maka berkata malaikat : "Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab Maka berkata mayat itu: "Laki-laki itu ialah! Maka malaikat berkata kepada mayat itu : "Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini. sekian wassalam yang benar jabatan perpaduan ummah kementerian jabatan agama islam malaysia |
Apakah Penyakit Meningitis Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Salah satu bakteria penyebabnya ialah jangkitan Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan. Cara Jangkitan Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti. Tanda dan Gejala Penyakit Meningitis 5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :- - Demam - Sakit kepala yang teruk - Loya - Muntah - Ketegangan atau sakit pada tengkuk - Mata terasa sensitif melihat cahaya - Ruam pada badan - Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion) Rawatan Penyakit Meningitis Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan. Penyakit Meningitis (prophylaxis antibiotic) Meningococcal Meningitis Kompilasi Penyakit Meningitis Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau kematian. Pencegahan Melalui Pelalian Vaksin Meningococcal - Vaksin yang digunakan dipanggil - Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah. - Vaksin ini diberi 2 minggu sebelum melancong atau lawatan dibuat. Pemberian vaksin ini boleh menberi ketahanan diri terhadap penyakit meningitis selama 3-5 tahun. - Pemberian vaksin secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan. - Vaksin ini boleh didapati di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta.
RASULULLAH ADALAH SAHABAT PALING BAGUS
Setiap manusia yang idup di atas muka bumi ni mempunyai sahabat (kawan, teman, gu, saie, dll). Contoh sahabat yang paling bagus adalah Rasulullah s.a.w… Baginda bukan sahaja sebagai bapa kepada anaknya, malah sebagai sahabat. Begitu juga baginda sebagai sahabat kepada isterinya. Sahabat kepada orang bawahannya, rakyatnya, cucunya, bapanya, besannya, mentuanya dan seterusnya. Bayangkan selama 10 tahun Anas bin Malik bersama Rasulullah, tidak pernah sekalipun beliau dimarah dan diherdik oleh Rasulullah. Malahan baginda tidak pernah meninggikan suara kpd Anas. Cuba bayangkan…hmm baginda adalah sahabat paling bagus di dunia. Patutlah Allah s.w.t menyatakan bahawa baginda Rasulullah adalah kekasihnya.
Pengorbanan seorang sahabat yang paling besar adalah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w. Dimana beliau sanggup mengikut Rasulullah berpindah dari kota Mekah ke Madinah. Bukan sekadar mereka bersusah payah berjalan dari Mekah ke Madinah, tetapi mereka sentiasa diancam untuk dibunuh oleh kaum Quraisy. Saidina Abu Bakar sentiasa di belakang dan di depan baginda. Bila ditanya akan hal itu, beliau menjawab….
" Aku berjalan dihadapanmu untuk memilih jalan yang baik dan selamat, sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatanmu dari serangan musuh yang mengejarmu."
Mulianya pengorbanan seorang sahabat dengan mempertaruhkan nyawanya demi menjaga nyawa sahabatnya (dan juga pemimpin) dari dibunuh kaum kafir Quraisy.
Nasihat Abu Sulaiman tentang pentingnya memilih sahabat, kata Abu Sulaiman :
"Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2 orang ini , pertama orang yang engkau ajak dalam urusan duniamu dengan jujur. Kedua orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan duniamu untuk urusan akhiratmu. Jikalau engkau bersahabat selain dari 2 orang ini, pastinya engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya."
Di bawah ni saya tulis adab dengan sahabat yang saya salin semula dari buku Panduan Ibadah Muslim yang disediakan oleh Jawatankuasa Penerbitan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Semoga ia menjadi panduan kita dalam menjalani kehidupan seharian samada di tempat kerja ataupun di luar waktu kerja. Semoga dengan ini Allah s.w.t meredhai kita sebagai hambanya yang iklas/jujur dalam setiap perkara.
ADAB DENGAN SAHABAT
1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau dia tidak
kuasa berbuat demikian maka sekurang-kurangnya hendaklah dia
memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat
darinya.
2. Menolong sahabat pada segala hajatnya dengan segera sebelum meminta tolong kepadanya.
3. Memperkenankan jemputannya dan menjemputnya ketika mengadakan sesuatu majlis.
4. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
5. Menutup keaiban sahabatnya.
6. Menasihatinya bila dia meminta nasihat.
7. Berdiam diri dari menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabatnya.
8. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji sahabatnya.
9. Mendengar dengan baik percakapan sahabatnya ketika di bercakap.
10. Meninggalkan pertengkaran dengan sahabatnya.
11. Mendoakan dengan rahmat Allah semasa dia bersin.
12. Menziarahinya ketika dia sakit.
13. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.
14. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui dengan kebaikannya.
15. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.
16. Menegah orang lain yang ingin mengumpat sahabatnya seperti dia membela dirinya sendiri.
17. Memberi nasihat dengan cara lemah lembut dan bahasa yang halus bila ingin menasihati sahabatnya.
18. Memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sahabatnya.
19. Mendoakan sahabatnya apabila dia duduk bersendirian, ketika sahabatnya masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.
20. Mengiringi jenazahnya ke kubur apabila beliau meninggal dunia.
21. Mengekalkan kecintaan pada keluarga sahabatnya selepas dari kematian sahabatnya.
22. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan beban dan tanggungjawab, bahkan hendaklah ia meringankan daripadanya supaya dia sentiasa senang hati kepadanya.
23. Menyatakan kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya, dan juga menyatakan kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
24. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar.
25. Memulakan memberi salam apabila berjumpa sahabat.
26. Meluaskan tempat duduk pada sahabatnya ketika dia masuk kedalam majlis dan hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya itu ketempat lain ketika dia tidak dapat berbuat demikian.
27. Hendaklah dia bangun mengiringi sahabatnya itu (sampai ke pintu) ketika keluar dari rumahnya.
28. Hendaklah dia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga dia selesai dari percakapannya dan jaganlah ia suka mencelah sahabatnya yang sedang berckap-cakap.
© Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP