Memaparkan catatan dengan label cinta ini membunuhku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta ini membunuhku. Papar semua catatan

Friendship & Love

Ahad, Julai 19, 2009

Read more...

Erti Kawan

Sabtu, Jun 27, 2009

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya
untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan
baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila
tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang
tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk
sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk
berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya
mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu
apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan
kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam
doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik
kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang
baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan
baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai
kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara
yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan
selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada
kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka,
tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih
dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

p/s: Aku sedang belajar menjadi seorang kawan yang baik dengan
si Dia... hu hu... susah gak nak ubah perasaan yang sedia ada pada
perasaan yang baru...

Read more...

A true "love story"

Jumaat, Jun 26, 2009

From : Zura

Believe or not.... A True love Story..

Amazing!!!

Read more...

KEnApa aKu jATuh CiNTa

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli, yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya, dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”, ”slmt hari minggu”, ”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu, kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu, kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu, kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu, pening, atau sakit gigi, beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain, dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari, atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu, dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya, namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

P/S: saat2 yang paling sakit sekali… terpaksa melepaskannya walau pun perit menanggung derita… ketawa demi menutup kepedihan dalam hati… hu hu …. Ha ha... he he… kuang kuang…

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya… dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada, jgn mensia-siakan org tersebut.. kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup…

p/s: No komen…. Yang pastinya hampir semua itulah yang telah aku buat ketika aku jatuh cinta dgn DIA dulu….

Now... may our friendship last long....

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP