Memaparkan catatan dengan label memaafkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memaafkan. Papar semua catatan

Some Golden Rules In LIFE

Ahad, Julai 19, 2009

Read more...

SATU KISAH DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Jumaat, Jun 19, 2009

From: fiena chi


RENUNGAN SATU KISAH DI ZAMAN RASULULLAH..
BERKAITAN MAAF..

Suatu hari, tatkala melihat Rasulullah s.a.w tertawa
sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.
Jawab Rasulullah s.a.w, " Ada dua orang umatku yang
memperhitungkan hak-haknya.

Yang seorang berkata " Ya Allah berikanlah hak-hakku
yang dizalimi oleh orang itu"
Berfirman Allah s.w.t, "Berikanlah haknya yang engkau
zalimi itu!"
Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedihnya, "
Ya Allah, wahai Tuhanku, sesunguhnya kebaikanku telah
habis semuanta, maka tiadalah lagi yang dapat
aku berikan kepada orang ini"
Di jawab oleh orang yang menuntut itu " Oleh itu
engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai
gantinya"

Tatkala ini kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air
matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya,"
Kemudian Allah s.w.t berfirman kepada orang yang
menuntut itu, " Angkatlah kepalamu dan lihatlah
Syurga"

Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh
di dalamnya kota-kota yang berlantaikan
perak dan gedung-gedung indah daripada emas
bertahtakan intan oermata, yang elok-elok,
dia bertanya "Apakah itu semua untuk Nabi-nabi atau
apakah untuk orang syahid?"

Maka dijawab oleh Allah s.w.t " Itu untuk sesiapa saja
yang sanggup membayarnya!"

Maka kata sipenuntut itu "Ya Allah. siapakah yang
memiliki harta yang banyak utk membeli Syurga yang
amat hebat itu?"

Di jawab oleh Allah s.w.t " Engkau pun dapat
membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah
menzalimimu itu"

Maka kata si penuntut itu " Kalau begitu aku sanggup
mengampuni dosanya terhadapku"

Firman Allah s.w.t " Pimpinlah tangan orang itu
bersama-sama ke dalam Syurga itu"

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda " Maka berbuat
baiklah kepada saudaramu sesama Muslim"

DARI KISAH ITU MAKA ANDA RENUNGINYA LAH DAN BUATLAH
PILIHAN SAMA ADA BERTEGAS TIDAK MEMAAFKAN ATAUPUN
SEBALIKNYA..PILIHAN MEMANG HAK ANDA SEMUA.

Read more...

SENYUM adalah bahasa dunia

Selasa, Jun 16, 2009

From: fiena chi


SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu
mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.

Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita
SENYUM.

Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........
William Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih
cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"

Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah. Ia akan
menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.

Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah. Bukankah
ketawa yang sopan itu sihat.

Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya"

Read more...

Tidakku sangka....

From: fiena chi


Manusia hari ini suka bersangka-sangka.
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk.
Orang beribadah disangka riak.
Orang yang relax disangka malas.
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina).
Orang makan banyak disangka pelahap.
Orang makan sikit disangka diet.
Orang baik disangka buruk.
Orang buruk disangka baik.
Orang senyum disangka mengejek.
Orang masam disangka merajuk.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang diam disangka menyendiri.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang nampak ceria disangka membela.......

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah.
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan
mindanya.
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal
memusnahkan ukhwah seperti

musnah nya kayu dimakan api..Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Kalau rajin...Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim, Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan
pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya
meskipun dia sudah meninggal dunia...

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP