PENYAKIT MENINGITIS
Sabtu, Mei 23, 2009
Apakah Penyakit Meningitis
Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Salah satu bakteria
penyebabnya ialah
jangkitan
Meningococcal Meningitis.Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh
juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak
terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi
mendapat jangkitan.
Cara Jangkitan
Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari
hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
Tanda dan Gejala Penyakit Meningitis
5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-
- Demam
- Sakit kepala yang teruk
- Loya
- Muntah
- Ketegangan atau sakit pada tengkuk
- Mata terasa sensitif melihat cahaya
(photosensitive)- Ruam pada badan
- Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)
Rawatan Penyakit Meningitis
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani
pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan. Penyakit
MeningococcalMeningitis
boleh dirawat menggunakan antibiotik. Pengambilan antibiotik untuk pencegahan(prophylaxis antibiotic)
hanya disyorkan kepada kontak terdekat pesakit. PenyakitMeningococcal Meningitis
boleh dicegah melalui pemberian pelalian.
Kompilasi Penyakit Meningitis
Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf
seperti lumpuh dan pekak atau kematian.
Pencegahan Melalui Pelalian Vaksin Meningococcal
- Vaksin yang digunakan dipanggil
Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135- Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti
negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang
mengerjakan haji dan umrah.
- Vaksin ini diberi 2 minggu sebelum melancong atau lawatan dibuat. Pemberian vaksin ini boleh
menberi ketahanan diri terhadap penyakit meningitis selama 3-5 tahun.
- Pemberian vaksin secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.
- Vaksin ini boleh didapati di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta.
0 ulasan:
Catat Ulasan