bila hati tak bahagia..

Sabtu, Jun 20, 2009

From: fiena chi
 

Tanpa bahagia dan hati yang tenang seorang akan
dilihat sebagai :

1. LEMAH DAYA KERJANYA
Dia tiada perasaan ghairah utk bekerja,
semangatnya luntur. yang menonjol hanyalah kemalasan.
2. LEMAH IQ DAN EQ NYA
Minda tumpul  dan hatinya tidak dapat selari dengan kemajuan yang sedang begerak pantas disekelilingnya.

3. GELISAH
Hati yang bahagia akan terpancar dari wajah
yang jernih. Tanpa hati yang bahagia kemurungan akan
terjadi. Kemurungan yang keterlaluan boleh menyebabkan
penyakit mental dan juga berjangkit kepada
tindakan-tindakan bodoh lagi membahayakan.

4. KUAT PRASANGKA
Salah satu tanda penyakit rohani ialah buruk
sangka. Selain buruk sangka terhadap Allah dan
Rasulnya, orang begini juga kerap buruk sangka
terhadap org lain tanpa sebab dan alasan.

5. MENGHASUT
Hati orang yang tidak bahagia mudah menjadi
penghasut.

6. KEINGINAN-KEINGINAN YANG TIDAK MUNASABAH.
Misalnya, menaruh hati pd isteri dan suami
orang.

7. MEROSAKAN JASMANI
Menyebabkan tidak boleh tidur,hilang selera
makan dan lain-lain.

8. KIAN JAUH DARI TUHAN
kerana dia tidak dpt memberi tumpuan terhadap Allah
tatkala beribadah sedangkan beribadah bererti
mengingati Tuhan.
w'salam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP