11 ciri kawan yg best

Jumaat, Jun 19, 2009

From: fiena chi

Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti
anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan
mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai
persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik
terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan.
Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan
menghormati anda juga.

Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap
orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan
menerima kecacatan antara satu sama lain adalah
kunci persahabatan yang baik.

Hargai pendapat satu sama lain.

Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak
dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan
jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat
yang lain juga.

Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh
membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang
menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)
menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan
membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka,
tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk
melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya
bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

Belajar daripada satu sama lain.

Jangan mengata di belakang kawan anda.

Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh
menariknya kembali.

Bersahabatlah dgn org yg forward mail nie
kerana dia seorang sahabat yang best.. x percaye..?

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP