DARI KEJAHILAN KE ARAH KEIMANAN

Isnin, Mei 11, 2009

From: fiena chi


Assalammualaikum....

Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam "zaman kegelapan" seolah-olah "tiadak ada lagi harapan" untuk berubah. Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka.

"Kompom masuk neraka nih!"
"Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? "
Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui "zaman kegelapan" yang tersendiri. Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam. Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan.
Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian. Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa yang kita perkatakan.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut:2

Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? Antaranya;

Akil Hayy (ex-Vocalist The Riyadh )



Dulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas

Azmil Mustafa (Ali Setan)





Dulu pelakon, Sekarang Pendakwah Bebas

Mel (ex-Vocalist Wings)







Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid

Sani (Ex-Vocalist W.A.R & The Bondage)

Dulu penyayi kumpulan Punk & Skinhead, Sekarang pendakwah bebas.

Wilma (Model dan Pelakon)

Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh

dan ramai lagi kalau nak sebut mcm Noor Kumalasari, Wardina, Lan A to Z dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak mustahil seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik.

Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hayut dalam zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok… tunjukkan akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat banyak riwayat mengisah mengenai mereka yang memeluk Islam, akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi kita? berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak kita terhadap mereka. dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga untuk diri kita nih.. walaupun ada diantara kita nih tak pernah melalui sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah.

Nabi Muhammad saw selalu berdoa;

يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

"Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu" (Sahih, Riwayat al-Tirmizi)
Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik kemudian kembali menjadi buruk.
dan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah, jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah.. Allah akan bantu anda!

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) Ali Imran:200
Sekiranya datang cubaan-cubaan menghalang usaha anda untuk berubah, bersabarlah.. dan teruskan berjuang dan istiqamah dengan sembahyang dan berdoa. Pastinya akan ada suara-suara sumbang akan cukup patahkan semangat anda. Kena kuatkan semangat.. tak payah sedih atau terasa dengan apa yang orang kata kat kita.

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org-orang yangg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."Surah Al-Imran ayat: 139
















Read more...

Syarikat Terbesar Yahudi Sudah Bertapak Di Johor....

From: fiena chi




Syarikat Illuminati Sudah Tiba Di Johor
Dalam sidang perbahasan di parlimen pada 21 Mei (Rabu), Dato? Seri Tuan Guru Hadi Awang telah mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan yang memberi kelulusan syarikat
Yahudi Zionis untuk membuka kilang seluas 20,000 kaki persegi di Taman Teknologi Johor di Johor.

Syarikat tersebut dikenali sebagai Halliburton Manufacturing & Technology (M) Sdn. Bhd. Tuan Guru mempersoalkannya kerana syarikat tersebut terlibat secara langsung dengan penjajahan Amerika di Iraq, Mesir dan Palestin.

Amat mengecewakan apabila Timbalan Menteri iaitu Dato? Jacob Dunggau Sagan gagal menjawab soalan Tuan Guru.. Beliau hanya sekadar berhelah kosong dan memberitahu kerajaan memberi kebenaran kerana syarikat tersebut mampu membawa pulangan faedah terkumpul yang banyak kepada kerajaan.

Berkenaan Halliburton Manufacturing
Halliburton merupakan syarikat pembekal senjata utama untuk peperangan di Iraq . Syarikat ini juga merupakan syarikat warisan keturunan Yahudi yang bernama Halliburton. Di bawah syarikat ini terdapat banyak lagi syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam teknologi senjata dan minyak.

Asalnya Halliburton Manufacturing diasaskan oleh dua orang tokoh perniagaan Yahudi iaitu Vida dan Erle P. Halliburton dan beribu pejabat di Burkburnett , Texas pada 1919. Core business untuk syarikat ini ialah Oil Well Cementing .

Sejak dari 1919 hingga 1982, jumlah pekerja tetap syarikat Halliburton ialah seramai 115,000 orang. Namun jumlah pekerja menurun kepada 73,000 orang pada 1991.
Untuk memantapkan peranan Halliburton Manufacturing, syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat yang berperanan khusus dalam pembekalan alatan perang berteknologi. Anak syarikat tersebut bernama Brown & Root Service .

Peranan Brown & Root Service Dalam Polisi Perang Amerika
BRS adalah sekutu terbesar dalam membekalkan alatan perang sejak 1990-an. BRS secara langsung telah terlibat dalam konflik-konflik seperti?

  • Desert Storm Operation , Kuwait pada 1991,

  • Konflik Balkan , 1990 dan Bosnia-Herzegovina . Dalam konflik ini, Halliburton telah menuubuhkan sebuah lagi anak syarikat baru iaitu Kellog Brown-Root (KBR),

  • Perang Teluk, Perang Afghanistan dan Perang Iraq .


Kekuasaan Halliburton dan Syarikat-Syarikat Yahudi Lain
Pada era Bush, Halliburton adalah penguasa sebenar loji-loji minyak di seluruh tanah Arab atau negara Islam kecuali Iran . Kekuasaan Halliburton bolehlah disamakan dengan kekuasaan Exxon Mobil yang dimiliki oleh
David Rockefeller .

Menurut Dr. P.s.Bab*****, ?? bagi sesiapa yang bukan dalam bidang industri minyak, Halliburton adalah sebuah syarikat yang misteri. Bagi yang terlibat dengan industri minyak pula, Halliburton adalah syarikat jenayah kolar putih .?




(Logo jenama)

Halliburton boleh disamakan dengan syarikat Yahudi lainnya seperti Baskin Robin (pembekal aiskrim untuk kem tentera Amerika di Iraq) dan pakaian jenama Bill Khakis iaitu pembuat pakaian tentera Amerika dan Zionis sejak 1880-an.

(Dari kiri) Irvin Robbin , pengasas Aiskrim Baskin Robbin dan Erle P. Halliburton
Halliburton sama sahaja dengan kedua-dua syarikat ini, ?tidak popular, tetapi amat berkuasa? dan terlibat secara langsung dengan setiap peperangan dunia dengan memainkan peranan masing-masing.

Tidak diketahui adakah pemilihan syarikat Halliburton oleh kerajaan Malaysia dibuat secara paksa atau pilihan terbuka. Adalah amat tidak logik pihak kerajaan Malaysia tidak mengetahui latar belakang syarikat ini.

Tindakan Kementerian Perdagangan itu bukan sahaja dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat tetapi juga dari ahli perlimen BN sendiri iaitu Dato? Mukhriz Tun Mahathir dalam perbahasan parlimen pada hari yang sama.










































Read more...

Fwd: FW: Anjing vs awekmu ..

Ahad, Mei 10, 2009

From: fiena chi



LEMBU          :  Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING         :  Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU          :  eh? kenapa?

ANJING         :  aku  lalu  tepi  dua  orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan  berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !

LEMBU          :  Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING         :  Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.  Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU          :  Betul  tu.  Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih  dahsyat  kenajisannya  daripada  memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun  disamak.

ANJING         :  Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

 

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan  babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

 Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"?Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

 



Read more...

Jangan Terkejut Gaji Menteri Wahai Rakyat Malaysia!

From: fiena chi




Jangan Terkejut Gaji Menteri Wahai Rakyat Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

tuan dan puan,

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000-sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00-tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00-tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00-tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel,duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000-sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00-tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00-tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00-tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan

2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik

3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll

4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi

5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.

6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara

7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE

Bahagian Kewangan

Jabatan Perdana Menteri

Putera Jaya

Wilayah Persekutuan


Read more...

Renung2 kan..

From: Noor Aini Muharom
 
 

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

 


Read more...

Andainya Malaysia diserang

From: fiena chi



Kalau kita kena serang.Ape perasaan awak?


 AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia ...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia ...

 AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur   menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq  dan Lubnan.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita...YB Wakil Rakyat  ... Parlimen dan ADUN...Tauke- tauke Cina yang kaya...  semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab.. .Khalifah Ali Abi Thalib...Khalifah Khalid Al-Walid... Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh
Islam.

 SAAT Peperangan bermula....

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru berpandu...  membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti.... .

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih berganti....

Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO ...  diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang  udaranya...  menghujani bom-bom dan roket... kemudian Johor dan negeri  sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia ... muncung senapang ditujukan di kepala anda...

Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya  2006 ... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...


Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata.....
Anda menangis ketakutan... .

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.
Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....

Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... . didepan mata!!!! kawan-kawan. ..sahabat taulan... ramai yang terkorban.. dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih  selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah...tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa...

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu???? Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...BANTUAN ALLAH....

BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA ... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA , SELATAN THAILAND , BANGLADESH , PAKISTAN ,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu....bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

 

 ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANGLAIN  menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "
 (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)


"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni" <--- Pemimpin Malaysia selalu sebut.
 (Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai)


"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia" (Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam  Malaysia yang dilanda peperangan
"
 (Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

 fikir2 kan .......

  

 



Read more...

Cerita Hantu

From: Mohd Azharan

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Di senaraikan kawasan-kawasan berhantu di seluruh Semenanjung Malaysia:

1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur

2. Institut Victoria, Kuala Lumpur

3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur

4. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur

5. Jirat Cina Brickfield, Kuala Lumpur

6. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

7. Hospital Lady Templer.

8. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

9. Berhampiran Poliklinik Cheras.

10. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort

11. Pejara Pudu, Kuala Lumpur

12. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur

13. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang

14. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu
Bharu, Selangor

15. Kawasan Bukit Damansara, Selangor

16. Kellies Castle, Perak

17. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak

18. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai
Perak, Perak

19. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

20. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran
Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang.

21. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah

22. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah.

23. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah.

24. Kawasan Kubur Panjang, Pendang.

25. Tobiar, Pendang.

26. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang.

27. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang

28. Kawasan Kota Lama, Melaka.

Antara lain tempat yang memang aktif berhantu ialah kawasan Jirat Cina Ampang, Jirat Cina Brickfield, Perkuburan Islam Jalan Ampang dan Hospital Lady Templer.

Sumber : carigold.com

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP