Love and Sex Part 2

Jumaat, Julai 17, 2009

Akhirnya...
telah tiba waktunya..
Aku terpaksa melepaskan kau pergi
kembali ke pangkuan yang berhak
memilikimu..

tapi aku redha..
kerana masa selama dua bulan ini
sudah cukup bagiku...
aku kini amat mengenali dirimu..
dan faham semua pergerakkanmu..
faham cara pemikiranmu..
faham tentang pendirian hidupmu..

Memang aku gembira ketika bersamamu..
dalam diam aku menyimpan perasaan...
tapi tak mampu ku luahkan...
biar sahaja ia bersemadi...
biarlah apa orang nak katakan tentang dirimu...
biarlah macamana aku menerima tekanan yang cukup
hebat ketika bersama denganmu...
aku tetap mempertahankan persahabatanku...
kerana aku dah berjanji dengan diriku sebelum ini...
akanku jaga dirimu sebaik mungkin..
akanku lindungi dirimu dari sebarang gangguan...
akanku jaga maruahmu...

Namun begitu ku harap persahabatan ini
akan terus berkekalan....
mungkin tidak seperti dulu...(2 bulan yang lepas)
tapi insya'Allah... aku tetap akan bersamamu, membantumu
ketika kau dalam kesusahan...

Semalam.... semasa kita makan...
Aku memandangmu sepuas hatiku...
aku mendengar suaramu dengan penuh keasyikan
dan kerinduan
krn selepas ini...
kita takan sebegini lagi...
kita kan mengikut haluan hidup masing-masing...

dan aku akan meneruskan perjuangan hidupku
demi masa depan....

Semoga bahgia sayangku... sahabatku....
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
dan aku tahu hari ini akan tiba....
dan aku dah bersedia menghadapinya...

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP