AMALAN TERBAIK DIAMALKAN DARI RASULULLAH (S.A.W.)

Khamis, Mei 28, 2009

From: fiena chi


AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta
supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan
di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana
hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa
jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH,
akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki,
riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping
beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita
mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai
menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri
dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru
di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari,
insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran.
Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian
pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya
akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari,
dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila
berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka,
dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah
lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan
3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau
makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat
walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan
dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh
kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau
memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat
banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan
suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali
setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan
fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah
solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya.
Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita
mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai
menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya,
baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan
bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali
tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan
menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga
mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m)
tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali
tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang
ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah
kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik
untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala
urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq
dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu
keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan
petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri
daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan
junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan
dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat
secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta
tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat
elihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki
yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali
selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat
syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa
yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan
kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang
menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat
menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan
membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun
astagfirullahala'zim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat
yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi
nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati
sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung)
-bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan
berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat,
insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin.
Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau
pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana
ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat
kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan
datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya
– Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu
terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada
setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki
yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan
sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila
kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah
(sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat
saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan
daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan
sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua
rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita
serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi
(apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga
3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan
terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat
yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali
setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP